SILA TEKAN (X) UNTUK TUTUP, TERIMA KASIH.

Jawatan kosong terkini di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

SHARE:

Jawatan kosong terkini di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Ogos 2014. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencari calon-calon yang berkelayakan, bermotivasi dan kompeten untuk mengisi kekosongan jawatan kosong seperti berikut :
1. PENGURUS (Kewangan)
TUGAS & TANGGUNGJAWAB:
-Bertindak sebagai koordinator di antara semua jabatan di Bahagian Pelaburan yang menjalankan pelaburan global dengan kustodi KWSP dan agen cukai KWSP di luar Negara.
-Memantau semakan ke atas ‘tax relief’, ‘withholding tax rate’ dan ‘double tax treaty’ di antara Malaysia dan luar negara di mana KWSP menerima pendapatan daripada pelaburan global.
-Pemantauan cukai keatas pelaburan global KWSP bagi memastikan tahap kecekapan cukai KWSP berada pada tahap maksima dan memantau permohonan ‘tax refund’ / ‘reclaim’ dengan rapi.
-Mengemaskini status kedudukan dan isu-isu cukai global kepada pihak pengurusan.
-Menyemak dan memantau semua transaksi antara syarikat (intercompany transactions) yang melibatkan syarikat subsidiari dan syarikat bersekutu dengan KWSP sebaik sahaja urus niaga berlaku.
-Memantau penyediaan Penyata Kewangan syarikat subsidiari dan syarikat bersekutu bagi penyediaan Penyata Kewangan Kumpulan KWSP.
-Memantau polisi perakaunan yang diterimapakai oleh semua syarikat subsidiari KWSP adalah selaras dengan polisi perakaunan KWSP yang diluluskan oleh Lembaga.
-Terlibat dalam pelaksanaan GST di KWSP apabila pelaksanaannya dikuatkuasakan.
SYARAT KELAYAKAN
-Warganegara Malaysia.
-Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
-Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan ATAU luar negara dalam bidang pengajian Perakaunan / Kewangan / Ekonomi / Perbankan atau bidang lain yang berkaitan. Calon-calon yang mempunyai kelayakan professional (ACCA / CPA / MIT) akan diberi keutamaan.
-Lulus dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
-Mempunyai sekurang-kurangnya 3 - 5 tahun pengalaman dalam bidang yang berkaitan.
-Mempunyai pengalaman dalam bidang audit percukaian.
-Mempunyai kemahiran perakaunan dan analitikal yang baik.
-Mempunyai interpersonal yang baik, termasuk kemahiran bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris dengan baik.
PROSEDUR PERMOHONAN
Calon-calon yang berminat perlu mengemukakan permohonan dengan menyatakan jawatan yang dipohon bersama-sama dengan dokumen berikut :
-Resume
-Salinan Kad Pengenalan
-Salinan Sijil Kelahiran
-Salinan slip gaji terkini
-Salinan Sijil PhD/Master/Ijazahsarjana Muda/Diploma/Matrikulasi/STPM/A-Level (yang mana berkaitan)
-Salinan Transkrip PhD/Master/Ijazahsarjana Muda/Diploma/Matrikulasi/STPM/A-Level (yang mana berkaitan)
-Salinan sijil SPM
-Sijil-sijil ko-kurikulum
Permohonan hendaklah dihantar ke jkew.rec@gmail.com selewat-lewatnya pada 22 Ogos 2014.
2. SETIAUSAHA
TUGAS & TANGGUNGJAWAB:
-Menguruskan surat-menyurat keluar / masuk untuk Ketua Jabatan.
-Menyelaras dan mengatur mesyuarat / temujanji harian untuk Ketua Jabatan.
-Menyediakan khidmat sokongan dalam urusan kesetiausahaan dan pentadbiran kepada Ketua Jabatan -seperti merekod minit mesyuarat, menyediakan laporan bulanan, menyusun fail dan mengemaskini -maklumat / dokumentasi berkaitan.
-Menyediakan bilik mesyuarat dan bahan-bahan pembentangan berkaitan mesyuarat.
-Mengemaskini fail-fail berkaitan surat-menyurat, rekod dan sebagainya serta membuat tindakan susulan ke atas perkara-perkara berbangkit.
-Memastikan kebersihan dan kekemasan pejabat Ketua Jabatan.
-Melaksanakan tugasan yang berkaitan yang ditetapkan oleh pihak Pengurusan.
SYARAT KELAYAKAN
-Warganegara Malaysia
-Memiliki Diploma Kesetiausahaan dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian -Tinggi Swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh Kerajaan.
-Lulus dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran -Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
-Kredit dalam matapelajaran Bahasa Inggeris dalam SPM.
-Kemahiran bertutur dan menulis yang baik dalam Bahasa Inggeris.
-Berkemahiran mengendalikan komputer.
PROSEDUR PERMOHONAN
Calon-calon yang berminat perlu mengemukakan permohonan dengan menyatakan jawatan yang dipohon bersama-sama dengan dokumen berikut :
-Resume
-MyKad
-Surat beranak
-Sijil kerakyatan Malaysia (jika berkaitan)
-Penyata gaji terkini
-Skrol dan transkrip Diploma
-Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
-Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
-Sijil-sijil ko-kurikulum
Permohonan hendaklah dihantar ke rec.paepf@gmail.com selewat-lewatnya 24 Ogos 2014.

Segala permohonan adalah SULIT dan hanya calon yang disenaraipendek sahaja akan dihubungi. Permohonan tuan/puan adalah dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tidak menerima sebarang maklumbalas daripada KWSP selepas 6 BULAN dari tarikh iklan ditutup.



Sila LIKE & SHARE jika dirasakan post ini bermanfaat. Terima Kasih..
SHARE:


Subscribe to receive NEW JOB posts directly in your Inbox.
Don't worry it's FREE ONLY. Enter your email address below :

NOTE: We are not responsible for the KerjayaKini comments / views expressed by the social networking site / blog. It is the views / comments owner's own account and do not necessarily reflect the opinion of our editorial. All comments published risk due to the responsibility of the owner of the account itself.
THANK YOU