SILA TEKAN (X) UNTUK TUTUP, TERIMA KASIH.

Jawatan Kosong Sebagai Polis Bantuan di PPPNP - 12 Oktober 2014

SHARE:

Jawatan kosong terkini di Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) November 2014. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di Kumpulan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak dalam jawatan seperti berikut :

1. POLIS BANTUAN (LELAKI DAN WANITA)

KELAYAKAN DAN SYARAT – SYARAT

i. Telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikut system terbuka dengan lulus enam (6) mata pelajaran iaitu dua (2) daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian termasuk Bahasa Melayu dalam satu peperiksaan ATAU dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut – turut
ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh temuduga.
iii. Bekas – bekas Tentera dan Polis amat dialu – alukan.

KELAYAKAN FIZIKAL

- Tinggi minimum : 1.62m (Lelaki) / 1.57m (Wanita).
- Berat minimum : 53 kg (Lelaki) / 45.0 kg (Wanita).
- Ukuran dada minimum (Lelaki sahaja) : 79 sm dan 84 sm semasa menarik nafas.
- Body Mass Index (BMI) 18.0 hingga 25.0.
- Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan.
- v / 6 / 9 tanpa cermin mata atau kanta lekap (contact lens).
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
- Tidak mempunyai sebarang kecacatan pada tubuh badan dan mental serta lulus pemeriksaan kesihatan termasuk pemeriksaan x–ray.

Calon-calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan secara bertulis dengan menyertakan "resume" yang lengkap beserta gambar ukuran passport (tidak dikembalikan) kepada alamat berikut :

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PERBADANAN PEMBANGUNAN PERTANIAN NEGERI PERAK
NO. 3, JALAN TAMAN KINTA
TAMAN CHATEAU, 30250 IPOH,
PETI SURAT 228, 30730 IPOH.
(U.P. BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA: 12 NOVEMBER 2014

*Hanya calon-calon yang terpilih dan disenarai pendek sahaja akan dihubungi.

Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi :
Bahagian Sumber Manusia
No. Tel. : 05-2537924 / 05-2537928 samb. 112,124,171



Sila LIKE & SHARE jika dirasakan post ini bermanfaat. Terima Kasih..
SHARE:


Subscribe to receive NEW JOB posts directly in your Inbox.
Don't worry it's FREE ONLY. Enter your email address below :

NOTE: We are not responsible for the KerjayaKini comments / views expressed by the social networking site / blog. It is the views / comments owner's own account and do not necessarily reflect the opinion of our editorial. All comments published risk due to the responsibility of the owner of the account itself.
THANK YOU